Wednesday, August 20, 2008

PANJAT TINGGI TINGGI THEN TURUN JADI BERUK TENGOK CERMIN

itu kata arwah pak abu! aku tak tau... sebab aku tak pernah jumpa dia.
aku sembang dengan seorang sahabat. ada pergolakan dalam diri aku ketika ini. mencari kawan yang mampu buat aku berfikir. aku suka berfikir, it's like hobi masa lapang dan pengisian kekosongan diri ketika sedar dan di bawah sedar. ada persoalan yang selalu mintak dijawab dan aku tak mampu nak menjawabnya sendirian.
jadi, aku sering bertanya. sana sini aku bertanya. mencari jawapan. walhal aku tak tau soalan mana yang patut ditanya dan soalan yang bagaimana. 
bila bersembang, malique kata perut kembung sebab terlalu lama menelan angin. aku gelak sebab betul jugak kata dia! hahahhhaha! tapi kembung kadang2 satu penderitaan yang mengajar dan membawa kepada kebaikan. i mean, banyak ilmu yang aku dapat walaupun itu hanya kata2 sahaja. bukannya aku melaluinya, bukannya aku dapat tengok dengan mata kepala, tapi aku jadi paham serba sedikit.
semalam, along ckp, aku perempuan 3 minit! heheheeh! betul kata dia. emosi berterabur hanya dalam masa 3 minit. lepas tu, kembali normal semula. dia ckp, ada urat terbelit kat leher aku yang mesti aku betulkan! hahahahaahhahhah! lawak! lawak!
aku mengaku, memang aku suka mendengar. aku rasa sesapa yang ada rajin membaca blog aku nie msti tau. berapa kali aku kuarkan statement yang sebgitu... ada kawan aku yang duduknya di sungai besi tu kata aku pendengar yang setia. zahirnya aku memang begitu. dengar dengan tekun kerana aku hanya banyak bercakap dengan orang yang tertentu sahaja. nampak aku nie seorang yang talkative tapi sebenarnya tidak!
dan bila bersembang dengan sahabat tu, aku jadi sedar yang aku sebenarnya hanya sentiasa mendengar tapi tak pernah dapat berfikir meletuskan kesungguhan yang dipaksa dalam otak aku ni. aku juga jadi sedar yang aku ni lagaknya angkuh tidak menerima kata2 sesiapa pun melainkan disebut oleh sahabatku itu, kata2 Tuhan! aku duduk terdiam.
"tinggi sangat awak nih! tinggi"
aku diam, berpikir. tinggi? hmm... berlagak!
aku diam lagi, berpikir. benarkah aku ni berlagak dalam erti kata tidak mahu menerima kata2 sesiapa pun? aku terima, aku sedar dan aku digest tapi betul lah, at the end of the junctions, aku akan choose my own path yang aku tak tau ke mana arah tuju jalan kecik itu.
kemudian sahabatku itu menyampuk semasa aku sdang asyik berpikir, "pak abu pernah cakap, tinggi mana pun kamu berada, sampai satu masa nanti, kamu turun jugak jadik macam beruk yang tengok cermin. pernah awak tengok beruk tengok cermin macam mana?"
"pernah!" jawab aku sambil tersengih...
"macam mana?"
"uu uu aa aa! hahahahah! pernah. beruk tu pelik gila dan jadi pelik ajaib memandang kejadian diri sendiri, betul tak?"
"pak abu cakap lagi, kenal diri tu rata rata"
heheheeh. pukul rata aku malam tadi kena dengan sahabat aku tu.
tapi itulah jugak kan... aku dengar habis kata2 dia, tapi aku digest sikit je... ada banyak lagi dia kasi kat aku, tapi yang ini jugak yang aku amik.
aku sambung lagi dengan dia, "saya tak jumpa lagi seorang kawan yang mampu buat saya terduduk berpikir la awak. ada 3 orang yang saya anggap abang yang saya sangat sayang tapi ketiga2 pun saya tak leh nak have this connection langsung... i'm still searching for the person yang boleh bagi saya berpikir panjang2 tentang kehidupan..."
kawan aku jawab, "saya rasa awak kena jadi macam yang pak abu cakap tu. turunkan sikit level tu lah"
hehhehe... aku gelak... dia sambung lagi, "awak nie manusia yang tak pernah puas. bukan tak puas dengan materialistik ataupun keperluan hidup, tapi awak ni tak puas dengan pemikiran awak, tak puas dengan keinginan menjadi diri sendiri"

philosophy?
semua ada dalam buku... collect je kata kawan aku, "tapi ingat, buku tu salah satu yang BOLEH menyesatkan sebab buku hanya mampu mengajar tapi takkan mampu membimbing!"

mana satu nak pegang ni?
aish!

Tuesday, August 19, 2008

CUTE PEOPLE WITH CUTE PLACES

dhani with uncle bob. uncle bob berenti cat kedai sekejap...

uncle bob with uncle joe PV

the place which unfortunately i havent got the chance to ask the name! muahahah! dhani took this one. nanti, bila deme dah siap cat and everything, i'll snap more pics and believe me, most of u will love it! its great man!

the reggae shop! cute ha!

arini aku tak kerja! kenapa? takyah cerita lah! hal kecik saje!
anw, siangnya mengikut along berjumpa cik, eh puan farah the manager di abad infiniti sdn bhd di wangsa maju. makan dengan dia di kedai nasi ayam sedap di melawati. one of my fave places ever, insya Allah! nasi ayam nya sedap bebenor!
malam, pegi ke cafe cum cyber cafe cum reggae shop di area de palma hotel ampang. depa masih duk renovation kat sana. aku suka tempat dia sebab relax sesangat, so friendly people, ada kedai reggae dan yang pentingnya, kengkawan yang sangat amat cute berada di sana. imagine, all these cute people berkumpul dan sangat mesra alam. my dreams do come true sometimes! muaahahahhaha!
the owners are these cute (cute lagi) people yang sangat2 friendly and they are still young, kaya gila dan pandai menggunakan kekayaan yang ada, unlike some people. aku have respect for them. they also ada studio di area kemensah. along went there before and along cakap, layanan mereka sgt baik walaupun siapala along tu kan... heheh, rite along? 
so, kepada semua kengkawan, rerajin gi lah ke sana. betul2 di shop lot sebelah de palma hotel! gud food with great people! apa lagi lu mau? rite?

Monday, August 18, 2008

3 MINIT

aku selalu harap yang aku ni lebih wiser atau lebih berpengetahuan atau lebih terer dari orang lain. fitrah manusia aku ini!
bila baca blog yang meletup letupkan pemikiran aku ni, aku jadi terkesima sebab ada people yang betul2 ada ilmu. tak semacam ramai orang yang menulis dengan pelbagai perkataan siap dengan philosophy and shitty asshole thingy yang buat aku nak terus baca tapi baca dengan perasaan meluat dan menyampah serta rasa nak termuntah. muahahaha!
ada sesetengah kawan aku pula, mereka memang bijak berkata2. tapi bukan sekadar bijak berkata2 kosong, tetapi dengan pengetahuan dan pengalaman yang dilalui. abang lepat is one of them. cakap dengan ilmu di dada. dia tak baca buku sangat aku rasa, sbb bagi dia, untuk mencari ilmu mestilah kena berguru supaya tak lost. betul ka abang lepat? lebih kurang mcm tulah kan... hehehehhe!
ada benda yang memang sedap dibaca. i mean, betapa banyaknya kedai buku dalam dunia nih ditulis oleh berjuta2 manusia yang melalui pengalaman yang mereka lalui, menulis mengikut daya kreativiti sendiri dan menulis mengikut pergerakan minda deme sendiri. sama ke tak sama? aku dan dia berbeza. bila membaca, ada rasa teruja yang tak dapat nak diterangkan sama sekali. melonjak2 pemikiran aku bila membaca! tapi seperti biasa, semangat teruja aku cuma 3 minit je! hahahhha! 
namun, dalam masa 3 minit tu, aku dapat rasakan sensual keadaan yang berlaku dalam kepala otak dan badan aku. 3 minit cukup buat otak aku dapat senaman yang diperlukan. seperti mendapat dose endorfin yang sepatutnya aku dapat setiap hari tanpa henti! muahahah!
jadi, aku berpendapat, 3 minit yang Tuhan bagi kat aku tu dah cukup puas dah! aku rasa kehebatan kejadian Tuhan mencipta makhluk yang mampu memberi sedas letupan kesedaran dalam otak aku sudah cukup Maha atas sifatNya itu! gila dasat!
sekarang nie, aku menulis mengikut apa yang nak terkeluar dari otak ku ini! memang payah nak menyusun kata2 kalau kita nak rasa best je, ye idak?
aku memang syok sekarang nie! pemikiran aku bercelaru! berterabur...
dengar muzik, ilang sekejap keresahan hati dan pemikiran aku... bubbly... pari2... mawar... irglova... rae... ah!
perasaan aku jugak meletup2 sekarang nih! ada benda yang mampu mencuit aku! tak sangka!
muahahahaahha! aku pun tak faham apa aku tulis nih!

BACA BLOG KAWAN

aku membaca satu restricted blog kawan aku. 
honestly, aku sangat2 suka baca blog dia walaupun hanya ada 3 post je setakat ni.
i mean, tak ramai yang dilahirkan dengan ideologi penulisan yang semacam itu...
dan aku tertarik dengan tulisan kawannya pula tentang virginiti! 
i mean, berapa ramai yang mampu menulis tanpa ada sebarang falsampah panjang lebar, lawak bangang, pemujaan diri sendiri dan sebagainya dan MAMPU buat aku terus membaca dan baca sekali lagi... penggunaan perkataan yang sangat simple dan senang, buat aku rasa selesa sesangat2!
cuma sikit sangat people je buat aku nak terus membaca dan radz, u're one of them. lebih2 lagi kena dengan aku yang baca bila perlu dan baca apa yang patut je. itu aku!

BENDERA SEMPENA MERDEKA


aku tak kata aku patriotik sebab lagu negaraku pun aku jarang2 tegak berdiri. mesti kaki sebelah senget gak... pemalas kata mak aku! tau takper... muahahahha
tapi, demi bulan merdeka nie, aku tempekkan jugak sebatang bendera yang diberikan tahun lepas kepada aku ke cermin kereta kami ha! muaahahah
sepanjang aku tempek nie, baru beberapa bijik kereta je ada bendera. idaklah aku berbangga pulak kan... cuma aku rasa pelik dengan diri aku yang semakin semacam kenegaraan sekarang ni! tidak ada kena mengena dengan kerja aku yer! aku cuma teringin je nak tempek bendera tu kat situ... mungkin sebab dhani excited sangat bila mana menengok bendera menyebabkan aku berbuat begitu (ayat skema) muahahaa!
apa2 pun, selamat menyambut kemerdekaan...
tahun nie, merdeka ada memberi sedikit makna-tanpa-ada-kaitan-dengan-patriotisme sebab aku terlibat sedikit dalam proses sambutan merdeka tahun nie... walaupun sikit, tapi ada gak rasa signifikan! muahahaha
sebelum sesiapa bertanya, tahun nie, takde bendera free. berjimat ha! semua bendera disupplied kepada students je ye. meaning, students sekolah je ye... kalau yang mengambik diploma mahupun ijazah mahupun master mahupun phd, mintak maap. kawad kiri kanan kiri kanan ke mydin, beli 3 hinggit je ha sebatang bendera! muahahahahaha!
aku ada extra 2! ada sesapa mau?
kih kih kih

THE PUANS AND SANG SERIGALA

the puans!

the puans yang hepi!

puan baru dan puan expired! muahaha! termasuklah aku kan...

the puan baru dua minggu!

siang tadi, ronda2 ampang point sebab ada janji dengan member tetapi malangnya, member kena pegi sound check up kat zouk, ada gig! maka, kami makan di ampang dan pusing2 jelah...
petang balik umah, kemas satu umah dengan memakai uniform seminima yang boleh. muahahahah! sedang mengemas, kawanku PUAN farah kal... ajak kuar! 
yey yey! dia otw dari perak. rindu kat dia... aku kal umimia. ajak jugak walaupun malam ahad jarang2 kami jumpa sebab ahad selalunya family day da...
siap2 kemas, mandi terus ke kopitiam ampang! syok nya lama tak jumpa deme. niza takde. kat sepang bercinta dengan kapal terbang! hehehehe! esok baru dia ada. 
sembang punya sembang, macam2 cite keluar. farah, walaupun baru dua minggu kawen, dah naik berat badan. rose kata, pengepaman seimbang! kih kih kih!
cerita tentang masalah kecil kecilan, then cite tentang honeymoon farah di PD yang disponsored oleh bos farah merangkap ex boss aku dulu, cite tentang plan aku dan cite tentang rose yang penat macam racer sebab minggu ni dia sibuk dengan persiapan adiknya yang diantar belajar ilmu kedoktoran di bandung! "tunggu kami datang ujung tahun ni (kalau cukup duit ha)" heheheheh
pastu, masuk cite hantu... muahahaha! tak perlu lah detailed sangat tapi yang kelakarnya, bila tiba giliran umimia bercerita, dia cakaplah masa zaman hantu kum kum, dia ya amatlah takutnya! masa tu pulak kucing tengan sibuk mengawan. sana sini bunyi kucing mengiau! campur pulak dengan bunyi serigala bawah umahnya! mak ai! ada serigala kat pekan. aku ngan farah diam je, terkesima!
pstu, umimia yang tersedar dengan kesilapan pemilihan ayat nama bagi serigala itu menyampuk, "eh, serigala lah pulak. musanglah!"
muahahahaahhahahhahah! abis satu kopitiam dengar aku ngan farah sekali dengan dia gelak. gila dasat! Pekan ada serigala!
ahahahahhhahahah!
otw drove home, aku tergelak je! serigala?! dasat!
hahahahahhahaahhaahhahaha
anyway, buat farah dan kamal, selamat berbahagia!
untuk niza yang kami rindui, "engkau patut bersyukur za! kau je yang masih boleh berpoligami... we're stuck with the same man ever!" hahahahahhaah! lawak! lawak!
love u guys so much!

Sunday, August 17, 2008

BUNGA API - CHINA'S TURN

'pose poskad' kata along, walhal aku sengih tengok dhani!

aku yang ceria dengan along yang serius!

aku pose macam gini sbb nak tengok dalam frame, 'gemuk tak aku nih?' aku dah 59kg tau tak korang? seminggu lepas 57kg tau tak? tidak!!!

posing ala2 'minah rempit tunggu boipren rempitnya datang' semasa nak tunggu China start... lama gila menunggu, memang tak menepati masa langsung. masa Malaysia, on time gila! 9.30 terus started dah. China, dekat pukul 10 lebih pun tak start2 lagi... ngikut time China gamaknya kot!

"ha, dah mai dah boipren aku!"

cubaan aku menceriakan along yang serius itu! muahhahaaahahaaha!

cantik tapi secara tulus ikhlas aku katakan, pasukan China takde perasaan dalam persembahan mereka. bukan bias, tapi antara pasukan Malaysia dan China, Malaysia lebih berperasaan dalam melakukan persembahan... persembahan bunga api sinonim dengan perasaan, emosi seperti romantik... Malaysia ada semua tu. hepi, sedih, benci, romantik, ceria dsb tapi China cuma ada letupan warna warni sahaja. meaningless...

ramai gila yang datang kali ni. maybe sebab cuti sekolah dan persembahan hari sabtu. minggu lepas, sikit je yang ada... 

buhsan sikit! aku harap the next team which i dun remember which country will do better and with some feelings, please! apa2 pun, aku enjoyed jugak sebab bunga api macam gini tak selalu dapat tengok... depan bijik mata ha! kalau nak harap aku join masa merdeka ke, new year ke, haram aku malas nak bersesak2... lebih2 dah ada dhani nih... anw, mana dhani?

sebelum sampai picc, dia dah tertidur dah. penat berjalan2 kat alam sentral siangnya... sampai pagi dia tdo lena! :)

Saturday, August 16, 2008

I WATCHED IT "ONCE" AGAIN

after our day trip to plaza alam sentral shah alam for some surveying and makan nasi ayam sedap ani sup utara di sana, sampai umah, kemas2 umah, mandikan dhani and aku teringin nak menengok semula cerita Once itu!
cerita yang buat aku jatuh cinta pertama kali pada sebuah filem...
start je cerita, aku alami perasaan yang sama semasa aku selesai menonton filem tu few months ago. ketika tiada siapa sibuk bercerita tentang Once, ketika tiada siapa yang aku kenal pernah mengenali the frames mahupun glen hansard mahupun marketa irglova.
kenapa sebuah filem sebegitu mampu menyentuh perasaan luas aku ini? hati yang aku sendiri tak pernah paham kerana terlalu besar dan terlalu kompleks. aku jarang2 tersentuh dalam jangka masa yang lama. aku sedih bila menonton filem sedih, tapi seperti biasa 3 minit je aku terus hilang perasaan sedih tu. 
tapi dengan Once, cinta aku jadi lama pada filem itu...
lagu-lagunya...
kisah yang sangat simple...
pelakon-pelakonnya...
dan yang utama, cinta yang sangat kuat dan ditunjukkan seperti tidak kesampaian sedangkan cinta itu memang dah sampai dan ianya mutual... tak perlu bersama utk cinta itu dinyatakan... tdak perlu berakhir dengan perkahwinan utk mengatakan cinta itu tulus... 
cuma hati aku sakit setiap kali melihat endingnya... sebab cinta itu terlalu kuat tapi kerana fitrah manusia yang ada pada aku meminta semua cinta bersatu membuatkan aku rasa kecewa dan it really hurts! it does! tsk tsk tsk...
ah... 
sepatutnya aku jadi lebih rugged... memandang cinta yang ada pada He and She itu sebagai cinta yang sungguh suci... 
berbalik kepada kata2 kwn ku, "lebih baik menggembirakan org lain dan berkorban kerana itulah yang akan membahagiakan kita semula"
mungkin aku rugged tapi hati? mungkin ia tak mampu utk jadi rugged selalu! sigh...
how often do you fall in love with the rite person?
ONCE...

SHAH ALAM'S TRIP




we went to shah alam tadi and met these cute couple for dinner. ainul and ayie!
we had fun chatting and gossiping! muahahahah!
another gud nite!
hope bole jumpa lagi ok!
:)

Friday, August 15, 2008

APA CERITA NIH?

aku tengok dan aku perati keadaan yang mengelilingi dunia kerdil manusia ini dan aku dapati, semuanya indah dah berseri-seri... cewah! kalau dalam tv, bila masuk je ayat2 macam gini, tetiba masuk bunyi 'zass' kasi potong cintan cintun dan then 'we're back to reality. ini yang menjadi persoalan dalam hidup aku ni. iaitu yakni, apakah yang dimaksudkan dengan reality? apa yang real apa yang tak real?
aku berdiri di depan ini, aku rasakan diri aku real, tapi real kah aku? 
mereka berdiri di depan aku, aku rasakan mereka real, tapi realkah mereka itu? 
hmmm...
pada aku, hidup nie memang simple gila. takde kepayahan. Tuhan tu Maha Mengasihani, abang lepat selalu cakap macam gitu. Tuhan memang kasih dan kasihan pada aku. 
aku suka diri aku sebab itu yang patut aku buat selama aku hidup ni. mengasihi dan mengasihani diri sendiri.
walau banyak salah aku buat, walau banyak benci aku akibatkan, walau banyak kesengsaraan yang aku wujudkan, walau banyak kesedihan yang aku timbulkan, aku jarang2 rasa bersalah... bukan kerana egois, tapi kerana semua yang berlaku berlandaskan sebab2 yang musabab.
memang betul kata kawan, 'hidup nie lebih bermakna apabila kita mengorbankan kebahagian sendiri demi untuk menggembirakan orang lain'.
kadang2 aku rasa sedih ya amat. aku rasa aku dah rosakkan hati orang. aku dah sakitkan hati orang... kemudian, tak sampai 3 minit, aku terus ceria balik. aku tetap bersalah, tapi aku taknak sakitkan hati aku dengan segala kekecewaan dan kemurungan yang boleh mengakibatkan pendarahan dalaman. ehee...
apa yang dah berlaku, tetap sudah berlaku. aku berdosa, aku bersalah dan aku mintak maap. aku tau aku salah dan aku mintak aku diampunkan.dan bila aku diampunkan, aku tetap rasa bersalah... kenapa ye?
namun takkan sesiapa nampak kekesalan dan kesedihan di muka ini, mungkin ada yang bijak pandai dapat membaca kesedihan di mata manusia, tetapi realitinya, mungkin ada yang berpura2, bijak menukar kesedihan di mata menjadi suka dan menukar kekecewaan di hati menjadi keceriaan yang dinanti... hmmm... semuanya maybe!
egois? keras kepala? hati batu? 
mana ada semua tu...
yakin kah aku pada Tuhan itu Maha Berkuasa bila mana aku mendabik dada mengatakan, 'terima kasih kepada mereka yang memberi inspirasi kepada saya untuk berjaya dan bla bla bla' atau bila mana aku mengatakan, 'awaklah yang membuatkan saya sengsara selama ni' atau bila mana aku bertanya, 'kenapa?'... jatuh hukum apa buat aku bila mana aku mengaku Tuhan tu Maha Berkuasa TAPI aku menjatuhkan hukuman pada mereka yang tunduk terhadap kekuasaanNya?
celaru!
cuma kata2 kerana aku jarang celaru. usia mematangkan dan pengalaman menghiburkan minda dengan pengetahuan2 yang sukar didapati dengan hanya membaca sekeping nota. membaca buku memang satu amalan yang mulia tapi aku lebih rela belajar mengambil ijazah di tepi2 jalan seperti kata2 malique dan m.nasir dalam lagu mereka. hmm... buku menyesatkan... hanya satu saja yang menunjuk ke jalan yang lurus dan itupun aku sudah jarang2 menyentuhnya! aduh... di mana hilang nilai?
berat mata memandang, berat lagi beban yang dipikul di bahu kerdil itu!
salahkah aku dijadikan dengan hati yang tidak kisah? semuanya biasa2 saja bagi aku. tidak ada yang super extravaganza bagi dua bijik mata ini. kesedihan yang dirasai oleh orang lain akibat perbuatan ku, tidak aku jadikan sebagai satu alasan untuk aku bersedih bagi pihak yang terkena bedilan kesedihan itu. 
aku punya rasa kasihan. aku punya rasa sedih, aku punya rasa sesalan. tapi aku tak pandai nak tunjukkan semata2 kerana aku mahu mengambil hati semua orang. kerana aku rasa tak perlu.
duduk semeja beramai2, pada pandangan aku, tak perlu semuanya aku tegur semata2 mahu menjaga reputasi diri dan menghormati semua yang ada kerana kalau sudah saling kenal kenapa perlu ada rasa kecil hati dan rendah diri?
kenapa hidup mereka perlu jadi serumit itu?
bukankah mudah berlari terus memandang ke langit sambil menghirup udara yang ada selagi masih di atas dunia? 
kematian, bukan satu pengakhiran. ketakutan menghadapinya? kenapa perlu ada takut? bukankah mahu kembali padaNya, yang Mencipta dan yang Menghidupkan? gerun mengingatkan dosa2 yang tak tertebus!
tarik nafas menghela pantas!
membaca kata2 mereka yang mengaku pandai menongkat dagu setinggi langit buat hati aku yang tidak membenci jadi meluat. ptui! macam mereka saja yang tahu... mendabik dada setiap masa.. kemudian aku tersedar. ish ish, Tuhan yang Menjadikan! jangan lupa!
aku serik! gelak sendirian lagi sambil tangan menaip dan terus menaip. semuanya berterabur tapi tetap aku tulis kerana apa yang keluar ini semuanya dengan izinNya. aku tidak pernah takbur dan riak dengan apa saja yang ada. seluar jeans lima ringgit dan tshirt lusuh sudah cukup buat aku gembira. walaupun mata dihiasi celak tebal dan bibir ditempek lipstick merah kerana minat mewarna, aku tetap aku yang ini, pendek, suka gelak, suka sengih, suka berkawan, suka kaler maler, sukakan kehijauan, suka laut, suka orang, suka semuanya!
walau kadang kala keluar juga kata2 nista dan makian kerana tidak tertahan, aku minta ampun dan maaf. sepanjang aku ada di sini, aku jarang2 sekali memaki kerana walau aku sering mengaku menyimpan dendam yang dasat dalam hati, itu cuma kata di bibir. akhir sekali aku lihat ke dalam diri, ke dasar hati, aku tiada dendam dalam hati...
macam2 yang dilalui walau tak sehebat orang yang lain, aku tetap cool sebegini. mungkinkah aku tidak memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain tetapi aku tetap aku yang begini.
kalau sudi, terimalah aku yang sebegini...